Tuesday, March 31, 2015


BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah sekian lama Lah tidak meng‘update' blog ini sejak dari 'post' cobaan… Mungkin  Lah agak sibuk kebelakangan ini..Apapun,  Lah kembali menulis blog Maan.
Nama sebenar  Lah ialah Abdullah Aimaan Bin Ab Aziz.  Lah merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor.  Lah mengambil kursus Pengurusan Pangkalan Data & AplikIsi Web.
Untuk post Maan yang pertama, Maan ingin menceritakan tentang jadual yang telah  Lah buat dalam Microsoft Access.


 Lah telah membuat satu jadual mengenai ketinggian pelajar dalam kelas KPD 1  iaitu kelas  Lah yang mempunyai seramai 20 orang pelajar. Jadual  Lah adalah seperti berikut :



Medan yang terdapat pada jadual  Lah ialah :
1. ID
2. NAMA
3. KETINGGIAN (CM)
Ya, gambar di atas ini adalah contohnya :D

Seterusnya, ‘data type’ boleh dijumpai jika anda melakukan step-step ini:
1.     Pergi ke ribbon
2.     Tekan view
3.     Tekan design view
Contohnya?
Setiap medan haruslah mempunyai input mask masing-masing bukan?
Jadi, input mask bagi medan ketinggian hanyalah 000. Mudah sahaja. Jika diletakkan input mask 000, kita boleh meletakkan apa-apa jumah nombor tetapi hanya 3 digit sahaja. Oh ya, jika hendak mencari input mask, ianya boleh didapati dalam design view di bahagian bawah. Contohnya : 
Baiklah, untuk validation rule..anda boleh menjumpainya di bahagian bawah ‘default value’ seperti yang tertera pada gambar di atas. Untuk validation rule kali ini, ketinggian haruslah lebih daripada 150cm dan tidak melebihi 250 cm.
          Jika terdapat validation rule, maka mestilah validation text juga ada. Ini adalah kerana validation text berfungsi untuk memberi peringatan kepada “pengisi” maklumat supaya menuruti arahan validation rule. Contohnya, jika pengisi ini menulis ketinggian bawah daripada 150 cm atau lebih dari 250cm, maka validation text akan muncul dan memberitahu “Your height must be higher than 150cm and must be less than 250cm,”. Ayatnya bukan macam itu  je, sebaliknya anda boleh ubah kepada apa2 ayat yang anda sukai dan mesti mempunyai kaitan dengan validation rule yang anda tetapkan.

          Semoga apa yang saya bagi tahu ini, dapatlah anda fahami kerana saya bukannya arif tentang penerangan sesuatu benda. Harap maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat database yang lain. Sekian terima kasih.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tiada usaha”


No comments:

Post a Comment