Tuesday, September 1, 2015

NETIQUETTE

ASSALAMUALAIKUM
PEACE BE UPON YOU 

Pada hari ini, jom kita ketahui apa itu Netiquette?
______________________________________________________________________________________________________

"NETIQUETTE"



"Netiquette" merupakan istilah yang membawa maksud kepada etika rangkaian
 ( Net - Rangkaian ) ( Etiquette - Etika ), iaitu perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam komunikasi atas talian ( online comunication ). "Netiquette" merangkumi kedua-dua budi bahasa yang sama di dalam talian ( onlne ) dan "rules of the road" ruang siber yang tidak formal.

______________________________________________________________________________________________________

CONTOH-CONTOH NETIQUETTE


- PERLAHANKAN SUARA ANDA -

Maksudnya, PENGGUNAAN HURUF BESAR  di dalam talian dianggap sebagai jeritan. Untuk mengelakkannya, jadikan teks anda sebagai bold atau italic di dalam post anda.

- EJAAN -

Walaupun sekarang terdapat pelbagai browser yang boleh memperbetulkan ejaan anda, tidak semestinya anda akan telepas daripada typo. Oleh itu, taiplah dengan betul dan semak sebelum menekan enter.

- SEMAKAN TERAKHIR - 

Sesudah anda membuat post, ambil sedikit masa untuk menyemak kembali apa yang anda telah taipkan. Ini bagi mengelakkan kesalahan ejaan dan kesalahan pernyataan.

- PERIBADI -

Pada akhir setiap post , letakkan nama anda. Ia juga akan menambahkan rasa peribadi apabila memberi respon kepada seseorang sewaktu anda berhubung dengan seseorang menggunakan nama.

- APA YANG DITULIS ADALAH DIREKOD -

Ingat, setiap perkara yang anda tulis akan direkodkan dalam kebanyakkan industri internet. Jadi, jangan taip perkara-perkada yang mempunyai kaitan dengan berita yang palsu, rahsia dan penghinaan.

- JANGAN LAKUKAN SPAM

Spamming, merupakan istilah yang digunakan apabila seseorang itu mengulangi sesuatu perkataan berkali-kali. Ini boleh menjengkelkan dan mungkin mempunyai kesan yang berlawanan.

- KEBENARAN

Jika anda ingin menkongsikan sebarang berita, pastikan berita tersebut mempunyai kesahihan dan dari sumber yang betul. Elakkan memberitahu berita-berita yang palsu.

______________________________________________________________________________________________________

KEPENTINGAN

"Netiquette" merupakan peraturan yang digunakan dalam talian ( online ) agar pengguna mematuhi etika dalam penggunaan internet

______________________________________________________________________________________________________
SUMBER


______________________________________________________________________________________________________